Monday, July 5, 2010

DEMAM piala dunia 2010....

bercakap pasal bola sapa yang x kenal kn....semua org tau...lagi2 musim world cup nih.....aku bukan la peminat fanatik bola tapi ambil tahu la pasal perkembangan arus zaman ni..skrang kan musim nya...saya x tau mmg la x berminat atau pon diorang x layan tapi...........aku layan la gak....mula -mula start  bola,aku sokong BRAZIL (Samba team) ..ceh2 dan2 x nak kaloh...aku ado backup team iaitu jerman dan korea selatan...walaupon brazil kalah tapi aku yakin mybe  untuk musim ni bukan milik brazil,walaupon ramai yang menjangkan argentina yang akan dapat piala tu tapi hancus sbb kena belasah kat jerman 4-0,so diorang kena la mengalah x leh msuk semi final..hmmm....tu la org ckp si diego maradona terlampau bongkok,tgok sah2 kalah..yela sbb mulut badan dan team argentina serta Messi jadi binasa...hehehehhe..pandai2 je ko dee ek....nak buat cm ne argentina kalah kan.....,dapat ku tgok dari sni rmai dikalangan kwan2 ku yang mnyokong argentina tapi kalah msti diorang sedih gler dek kerana kalah....name lagi game msti da menang dan kalah..kena la terima knyataan....rebut bola satu je pon..hhaha...pandai2 je dee ni....hmmmmmmmmmmm....tapi sekarang x sabar nak tgok team spain lwan german....msti best.....aku tau walaupon diorang ckp lelaki je minat bola tapi msih da lagi segelintir pmpuan yang minat cuma kita je yg x tau kan...tul tak sape stuju??????????angkat kaki..heheheh....,korea selatan aku sokong sbb dia yg pling layak dari pasukan asia ,yg btul2 da skil dan body ,pergerakan standing pemain2 eropah lain...da satu lagi team iaitu jepun.....aku sokong la jugak  sbb komitmen diorang main smpai2 sngat2 berusaha untuk melayak ke peringkat lebih tinggi...bila aku terfikir cm ne korea selatan dan jepun boleh msuk piala dunia?sedangkan malaysia msih tercari2 untuk ke peringkat tu..tapi aku sokong tema malaysia walaupon x dapat msuk.....mybe skrg dalam percubaan dan msih dalam trainning untuk layak tapi tunggu la bila malaysia dapat layak.......mybe...semua tu x mustahil......insyalllah...wait je smpai bila2....heheheh.....tepuka dada tanye minda...tu je yg ku mampu nak kongsi walaupon aku bukan la kai bola cuma boleh la ckp pasal bola..kalau org tnye sape penyaring terbanyak setakat ni boleh la jawab...david villa....hehheheheh....insyallah klose akan mnyusul satu gol lagi...hehehe...k la...stakat nie yg ku mmpu nak share pasal bola kan...

walaupon minat gler2 kat bola...INGAT disebalik tu INGAT LA KEPADANYA....ALLAH SWT......

sekadar renungan..:
kawan saya ckp BOLA tu maksud nya Boleh Orang Lupa Allah swt......betul ke???????????????????????????fikir2 kan la......................



p/s: yg penting niat kita semua.......:-)))
wassalam..
tempat yang akan ku jejak suatu hari nanti..salah satu impian ku....harap2 dikabulkan..AMIN..



Sekadar peringatan kepada kita yang bernafas lagi......Hamba Mu ya Allah...

FIKIR-FIKIR KAN LA wahai kawanku...

Suatu ketika dahulu, sebelum terciptanya kenderaan berenjin seperti motorsikal, kereta dan keretapi, manusia menggunakan haiwan berkaki empat seperti kuda, keldai dan unta sebagai pengangkutan.

Pada suatu hari, seorang bapa yang sudah tua bersama anaknya yang berusia 10 tahun pergi ke pekan untuk menjual seekor keldai peliharaan mereka. Bapa dan anak tersebut berjalan kaki sambil menarik ikatan keldai yang hendak dijual itu.... See More

Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan dua orang pemuda kampung itu. Mereka terdengar perbualan pemuda kampung itu…
“Bodoh betul bapak dan anak itu, ada keldai tidak mahu ditunggangnya”.

Si bapa tua tadi pon memanjat belakang keldai bersama anaknya. Mereka meneruskan perjalanan dengan menunggang keldai bersama-sama.

Tidak lama kemudian mereka terserempak pula dengan sekumpulan makcik-makcik yang sedang berbual-bual di tepi jalan. Mereka terdengar makcik-makcik tersebut mengata…
“Tak berperikemanusiaan betul bapak dan anak itu, keldai yang kecil itu ditunggangnya berdua…”

Terdengar kata-kata itu, bapa yang tua itu pon turun dari keldai itu. Bapa tua itu meneruskan perjalanan dengan menarik keldai yang ditungangi anaknya.

Selepas itu mereka terserempak pula dengan sekumpulan remaja yang sedang bermain guli. Mereka terdengar perbualan remaja itu…
“Teruk betul anak orang tua tu, tak patut disuruh bapanya yang dah tua menarik keldai tu…”

Si bapa terus menyuruh anaknya untuk bertukar tempat. Si bapa menunggang keldai dan si menarik keldai yang ditungganginya. Mereke pon teruskan lagi perjalanan.

Sampai di satu simpang, mereka beselisih dengan sepasang suami isteri yag sedang berjalan kaki. Si bapa tua terdengar pasangan itu bercakap sesama mereka…
“Kasihan budak kecil itu, tidak berhati perut bapanya menyuruh anak yang masih kecil menarik keldai yang ditungganginya..”

Mendengar kata-kata sinis itu, si bapa tua turun dari keldai dan berjalan kaki bersama-sama dengan anaknya seperti mula-mula mereka keluar rumah.

Sebelum sampai ke pekan mereka bertembung dengan beberapa orang lagi yang bercakap-cakap tentang perihal mereka. Tetapi si bapa dan anak itu tidak menghiraukan cakap-cakap orang itu. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka dengan cara mereka sendiri.

Akhirnya mereka sampai ke pekan dengan senang hati, tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekelilingnya.

Pengajaran dari cerita ini:

1) Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang dalam satu masa.
2) Yakin dengan perkara yang kita lakukan, bukan ikut apa yang orang lain kata.
3) Kebanyakan orang di sekeliling kita suka mengata dan mencari kesalahan orang. Abaikan mereka! Inilah penghalang untuk berjaya.

Saturday, July 3, 2010

"When our time comes, nobody can delay death by even a second. Old people die, children die. Are we ready for death?"....Just Remember to my frenz n 4 Me.