Saturday, July 14, 2012

samsung ACE Baru dalam kehidupanku

assalamualaikum
alhamdunillah,bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan rezeki nya..amin..pada hari jumaat 13hb julai 2012 mencatatkan sejarah baru untuk ku kerana aku telah membeli perkara yang mahal dalam hidupku iaitu handphone. beberapa kali aku memikirkan untuk membeli nya tetapi ini bukan pilihan pertama ku, pilihan pertama ku adalah samsung Y tetapi setelah survey aku jatuh hati dengan samsung Ace ini. entah la..mungkin ada hikmah.. hikmah yang pertama, aku terpaksa membayar lebih dari budjet ku iatu 3oo lebih.. bajet awalku hanya 500 tetapi setelah bertanya mengenai harga itulah yang aku kena bayar. hikmah dari perancangan budjet ini kadang-kdang hidup ini menguji untuk membuat perancangan awal tetapi sikap merelakan duit untuk kegunaan yang baik dalam kehidupan kita adalah baik bagi saya. janganlah kita sayang duit sangat kalau hendak membeli barang keperluan kita, melainkan kalau kita mempunyai  sikap bakhil. (kedekut). hidup aku mengajar untuk kedekut dari segi membelanjakan wang untuk membeli barang yang tidak berfaedah tetapi jikalau untuk menimba ilmu ,segunung pun aku sanggup melabur wang contoh membeli buku rujukan. yela memandang sekarang aku masih belajar maka aku tidak mahu melatih diriku ini suka berbelanja mengenai perkara tidak berfaedah. huhuhuhu. jikalau aku bekerja mempunyai gaji 3k sekalipun aku tetap membeli barang yang belum aku capai masa aku belajar..lepas geram la kerana tidak dapat tetapi dalam hati ku bersyukur kerana allah memberi sifat kesabaran yang tinggi dalam diriku. akhirnya aku dapat mempunyai handphone baru hasil gaji ku bekerja sebagai skim khidmat siswazah di fakulti. amin..masih berbaki 2 bulan lagi gaji yang bakal aku dapat sebelum skim itu ditamatkan. perancangan 1 bulan untuk persiapan raya dan satu lagi untuk menabung. dulu aku mempunyai nokia yang berharga 270 sahaja, sekarang aku mempunyai samsung 840. 2 setengah kali ganda. itu sekarang, aku tidak tahu mungkin keinginan aku bertambah memandangkan perasaan mahukan sesuatu itu kuat tanpa memikirkan benda yang diinginkan itu baik atau pun tidak. harapan aku suatu hari nanti, jikalau aku bergaji besar,diharap aku tidak memboroskan duit sebaliknya memberi kepada yang memerlukan..ok kita tutup cerita mengenai hp baru ini.bila fikir balik ada dalam 30 kali pk beli handpone ini..masyaallah begitu keberatan untuk membeli barang yang mahal pada mata tetapi pada mata orang lain murah..ya allah, bimbing aku ya allah dalam menyelesaikan sesuatu perkara,di harapakan ya allah dengan berdoa kepada dapatlah memberi berakah ke dalam kehidupan ku ini ..Amin..berbalik kepada penyelidikan aku sekarang, aku masih mecari maklumat dan sedang mengumpul data untuk melengkap kan sarjana aku..kadang-kadang kehidupanku ini stress tetapi kadang kadang kosong..aku sentiasa memerlukan petunjuk dan hidayah Mu Ya Allah swt...
diharapkan aku dapat melakukan yang terbaik dalam menyiapkan sarjana ini..



doa yang selalu mengiringiku ketika menyembah Mu Ya Rabbi..aku bersujud kepada Ya Allah swt..cekalkan aku dalam menghadapi dugaan hidup dan ujian ini.. Amin..


ps: sambil mendengar lagu Taubat Seorang Hamba.Irsyadee feat Hafiz..
merdu sangat dan menyentuh hati...


nanti aku akan tulis sesuatu yang baru pada masa kalau kita ada jodoh wahai blog tajdid fadhilah

disamping itu aku sertakan gambar ala-ala handphone baru aku..hehehhe...a new thing in my life..(gambar sekadar hiasan)


Wednesday, June 20, 2012

lonely journey research to kuala kangsar

perjalananku bermula detik subuh berkumandang pagi tadi, aku segera mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh. ,memohon supaya dipermudahkan perjalananku ke kuala kangsar,setelah mempersiapkan diri aku melangkah keluar tepat jam 6.45pg untuk ke stesen bus seksyen2. mengingatkan ini adalah perjalanan pertama dalam membuat penyelidikan. motorsikal ku diparking di kolej jati kerana atas keselamatan memandangkan aku akan pergi ke sana selama 2 hari,disamping itu aku berseorangan dalam perjalanan ini. sesekali terasa ingin berteman dan ingin dilindungi oleh insan bernama jodohku tetapi masa belum tiba insyaallah suatu hari nanti,hari ini aku ditemani oleh maha esa, u80 menjadi bus pilihanku ke kuala lumpur.
dalam fikiran beribu soalan menjelma. aku takut tapi aku yakin allah sentiasa disisiku. 8.05 pg tibanya aku di stesen bus kl sentral. mengikut pesanan kawanku,lihat bus dan no bus yang menghala ke pudu sentral. aku khuatir kerana tidak biasa dengan tempatnya walaupun berada di negara ku sendiri rupanya banyak tempat lagi belum aku biasakan. alhamdunillah aku sampai ke pudu sentral 8.15 pg dengan menaiki teksi ke sana. sangat mengagumkan dengan infrastruktur yang baru dengan naik taraf daripada puduraya yang dahulu. jangan tertipu kerana bila anda smpai ke platform untuk menaiki bus keadaan masih tidak sama dan harus diperbaiki lagi. perjalanan memenatkan keran aku tidak cukup tido dan dikesempatan perjalanan ke kuala kangsar aku mengambil kesempatkan untuk melelapkan mata dan merehatkan minda.
kali pertama kau sampai di kuala kangsar,aku mengambil teksi ke laman budaya tetapi aku rasa tertipu dengan harga yang ditawarkan oleh pemandu teksi memandangkan aku tidak biasa dengan tempat itu. walaupun tempat itu sebenarnya tidak jauh tetapi dengan tempat yang aku tuju. dengan bayaran rm5 untuk ke sana tidak bebaloi tetapi aku menasihati hati supaya berniat menyedekahkan kepada pemandu teksi itu. setibanya aku disana, waktu tengahari telah tiba aku memulakan langkah ku. bermula dengan segan bertanya tapi sampai bila kita sebagai penyelidik tidak akan mendapat apa-apa maklumat lalu aku membuka mulut dan memberanikan diri untuk beramah mesra. alhamdunillah aku dipertemukan dengan pak andak seorang tukang buat gasing yang popular di negeri perak. pertemuan yang tidak disangka menjadi semakin baik dan rapat ibarat cucu dan atuk nya. banyak maklumat yang aku dapat  tetapi hatiku tidak puas lagi untuk mendapatkan lebih maklumat lagi. selain pak andak,en haziran dari jabatan muzium negeri perak juga membantu aku dalam mengenali gasing ini. ini membuatkan aku berkobar-kobar untuk mencari permasalahan. selepas bertemu dengan en zurairi pengawai kebudayaan negeri perak yang selama aku berhubung sebelum niat untuk ke kuala kangsar ini. disamping itu sempat berbual dengan pen pengarah jkkn negeri perak berkenaan dengan gasing ini dan mengenai permasalah dan usaha jkkn dalam mengekalkan seni warisan.  ini membuatkan aku tidak mahu pulang awal dan aku menginap di hotel budget untuk bermalam. pada malam nanti akan di sambung pertandingan dimana aku sendiri akan menyaksi kan dan memahaminya. alhamdunillah walaupun tidak memahami tetapi seronok melihat gelagat kerana nilai dan semangat yang tinggi dalam kesukanan ada dalam penggiat seni gasing ini. perjalanan ini memberi kekuatan dan semangat berdikari dalam susah dan senang untuk mendapatkan sesuatu bahan penyelidikan. alhamdunillah syukur..

Thursday, April 12, 2012

alone until now...

assalamualaikum...hampir 2 bulan x bermanja dengan blog nih.,......biasa la kadang-kadang rasa seperti hati tidak ingin diluahkan..........sepanjang itu juga aku bermain dengan perasaanku..........keseorangan,kesusahan,jerit perit hidup aku lalui keseorangan............itulah namanya nur fadhilahhhhh...sampai ke hari ini aku tetap aku...fadhilah tetap fadhilah...cuma kebesaran badan makin bertambah...bagai dipam oleh angin..heheheheh...yela...bila stres,sakit kepala banyak benda kena pk dan banyak masalah lain itulah tanda-tanda nya..heheheh...sekarang...aku nak mulakan semangat baru,aku perlu...perlu bangkit dari tersungkur dan terjatuh dalam planning to fail...aku kena bangkit...ya allah...aku mesti dan aku boleh buat...kadang-kadang buat aku terfikir itulah dinamakan kehidupan....aku teringat lagu Hitam Putih Kehidupan oleh sheila majid..itu adalah salah satu lagu kegemaranku...........bila aku meghayati lagu itu,banyak kesedaran dan semangat untuk aku terus menghargai kehidupan ini...walaupun kehidupan ni hanyalah sementara...setiap perancangan yang dibuat itu mempunyai hikmah dan makna disebalik semua..ada yang akan menyebabkan kita berasa gembira dan sebaliknya...tetapi jikalau jangkaan kita tidak sama dengan pemikiran kita akan menyebabkan kita selalu menyalahkan kepada takdir....sedangkan kita sebenarnya yang bermasalah..itulah dinamakan manusia...manusia...manusia..

mengenai perkembangan pengajian......stil under floor...huhuhu....ya allah...permudahkan perjalanan pengajian aku di peringkat sarjana ini...assalamualaikum..

Sunday, February 5, 2012

salam Maulidur Rasul...

assalamualaikum...selamat petang..hari ini merupakan 12 rabiulawal 1426 Hijrah..23hb Januari adik perempuan bongsu ku bertunang,bulan 4 nnti akak aku bertunang,bulan 8 nanti adik bwah aku bertunang..tapi aku?masih seperti biasa..manusia biasa dan milik Allah swt sahaja..alhamdunillah...aku berharap agar semua berjalan dengan lancar..amin..semoga jodoh dan ikatan pertunangan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat hendakNya...amin..aku doakan sangat2 ni...aku bila kah?mungkin..insyaallah..akan tiba hari itu apabila sudah sampai dan bertemu dengan jodoh ku...aku berdoa sangat2...


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar menyukai-Mu, menyukai orang yang meyukai-Mu, dan meyukai amalan yang dapat mendekatkan diriku untuk meyukai-Mu."
"Ya Allah jadikanlah kecintaanku kepada-Mu melebihi kecintaanku kepada keluarga, harta benda, dan air sejuk di kala kehausan."
"Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan kecintaan kepada-Mu dan jadikanlah diriku bagi-Mu menurut apa yang Engkau sukai. Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap hatiku dan redha kepada-Mu dengan segenap jerih payahku.Ya Allah, jadikanlah kecintaanku seluruhnya hanya kepada-Mu dan semua upaya-ku untuk meraih redha-Mu."
doa dipetik dari laman fb ustazah firuz..

sempena Maulidur Rasul ini aku berharap agar hatiku sedar dan kuatkan iman ku untuk terus mengingati mu Ya Rasulullah...saw..
(mengalir air mataku seketika membasahi pipi gebuku...tanpa segan silu...)
hukhuk...


Wednesday, February 1, 2012

my sis already engage..i?

assalamualaikum...alhamdunillah...adik bongsu ku selamat bertunang dengan pilihan hati iaitu sharul.
bila fikir-fkir balik itulah nama nya dah sampai jodoh..tapi banyak yang akan di tempuhi untuk menlangkah ke rumah tangga nanti...aku doakan agar semoga fatin dan sharul dapat menyusuri batas-batas pergaulan semasa bergelar tunangan orang..ini dah langkah bendul..berbendul2...hehhe..bertunang je pun kan...next turn is who?

inilah saat-saat yang dapat rakam kan untuk tatapan sekalian..
 sibuk ma and abah napok teh....dok ngalih barghe2..
 inilah tempat pertunangan itu..
 nampak sgt yang umi nih ibu kepada baby fathanah..padahal mama sbnar sbelah aku ni...(makin mmbesar umi skrg)hehhehe..

 bergmbar keluarga..
 3 orang lagi belum bertunang...sorang yg tepi kiri dah milik org...

 tok bah tgh ulik cucu...
 tok yang....yob...aduhai fathanah..nape nana nmpak cntik ni?anak umi nih

 ni la bakal adik iparku...heheh..amin..selamat bertunang
 mnyarungkan cincin..
 ma and abah

.
semoga perjalanan ini di berkati....amin...diharapkan adik aku dapat menghargai dan belajar untuk menjadi seorang isteri yang baik di sisi suami nya nnti.amin...selamat bertunang adikku sayang fatin yer...belajar dulu k...

Monday, January 2, 2012

mama fathiah n fathanah


PIC 2011

 bergambar tepi dewan...................



 konvo my sister..farahim


 my dad n cucu...heheh..

peristiwa 2011...kenangan

-berkhidmat untuk Kolej Kenanga(SU)2010-2011
-dapat habiskan degree dengan jayanya..(Dean List)
-apply Master...
-dapat buat Master
-dapat beli phone..first time beli phone baru dalam hidup ini,sebelum ini ma n abah bagi...Nokia x2(RM270)hehehhe..
-dapat anak buah...NUR ASMA FATHANAH
-buat keje part time jual jeruk dengan sahabat ku Suraya..


sebenarnya banyak yang berlaku...tapi aku x ngat..sbb bnyak yang berlaku...hehheh...tu je yang mampu.:-).

2012...kematangan dalam hidupku..

assalamualaikum wbt..
alhamdunillah...bersyukur ke hadrat ilahi kerana allah masih memberi ruang dan kelapangan untuk aku menulis blog ini...bercakap mengenai tahun baru,aku mempunyai banyak azam...azam yang tahun lepas pun x dapat dicapai...tetapi hidup ini mestilah mempunyai matlamat..dengan tahun baru ini semoga hidup aku lebih bersemangat dan sentiasa mengingati mu Ya Allah...amin

1.matlamat aku untuk menghabiskan master aku pada 2012 dan 2013 dan dapat focus dengan baik serta tidak ada halangan yang menimpaku....harap2 la..hhhehehe...
2.semoga hidp aku lebih bermakna dan mempunyai teman hidup yang menerimaku seadanya dan membahagiankan aku..heheeh....boleh ke?ada ke?insyallah..amin
3. semoga allah permudahkan perjalanan hidupku ini..baik untuk aku,keluargaku dan orang disekelilingku....
4. semoga kesihatan ku baik,sihat dan berjiwa kental dalam mengapai impian...

banyak nye azam...tapi nak mencapai satu azam pun belum tentu kalau kita mengalah di tengah jalan dengan izin Allah....insyaallah..manusia hanya mampu merancang,allah yang menentukan...

aku rasa tahun ini banyak peristiwa2 akan berlaku dan akan aku ingat sampai bila2 nanti..mungkin peristiwa sedih dan mungkin peristiwa gembira...harap2 sedih dan gembira mempunyai sebab dan hikmah mengapa ia berlaku dalam hidup ku...

umurku sudah mencecah 24 tahun...jikalau aku melihat kisah kawan2 ku sekarang ,ada yang dah kawin kalau perempuan,kalau lelaki sibuk mengejar kejayaan dalam hidup...tapi aku...sibuk untuk menjadi anak yang baik dan menjamin kehidupan ma dan abah suatu hari nanti..insyaallah..Jodoh,pertemuan,ajal maut rezeki dan kehidupan semua di tangan Allah...

Ya allah,Kau yang maha mengetahui dan lagi maha mengasihani...Kau permudahkan lah perjalanan hidupku,kuatkan iman ku,kuatkan semangat dan jiwaku,semoga kedua ibu dan bapaku berada dalam keadaan sihat,amin...sejahterakanlah keluargaku,rakan2ku,orang disekelilingku...amin..ya allah,hati dan iman ku biarlah untuk mu...jalan sesekali aku terpesong,jikalau aku tersesat,kau sedarkan dan tunjukkanlah aku jalan yang lurus dan berilah aku taufik dan hidayah dalam menjalani hidup ini...aku berserah...Jodoh,Pertemuan,Ajal dan Maut,Rezeki dan Kehidupan di tangan Mu ya Allah...amin ya rabbalalamin....

semoga azam aku ini tercapai..


kadang2 aku tergelak keseorangan...azam 2011,aku nak menguruskan badan..tup2 badan comel cm ni jugak...takpe asalkan sihat dan gembira...badan sihat otak cergas...jangan pandang pada rupa,pandanglah pada hati dan perbuatan...insyallah..sesuatu yang berlaku itu ada hikmah...