Wednesday, June 20, 2012

lonely journey research to kuala kangsar

perjalananku bermula detik subuh berkumandang pagi tadi, aku segera mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh. ,memohon supaya dipermudahkan perjalananku ke kuala kangsar,setelah mempersiapkan diri aku melangkah keluar tepat jam 6.45pg untuk ke stesen bus seksyen2. mengingatkan ini adalah perjalanan pertama dalam membuat penyelidikan. motorsikal ku diparking di kolej jati kerana atas keselamatan memandangkan aku akan pergi ke sana selama 2 hari,disamping itu aku berseorangan dalam perjalanan ini. sesekali terasa ingin berteman dan ingin dilindungi oleh insan bernama jodohku tetapi masa belum tiba insyaallah suatu hari nanti,hari ini aku ditemani oleh maha esa, u80 menjadi bus pilihanku ke kuala lumpur.
dalam fikiran beribu soalan menjelma. aku takut tapi aku yakin allah sentiasa disisiku. 8.05 pg tibanya aku di stesen bus kl sentral. mengikut pesanan kawanku,lihat bus dan no bus yang menghala ke pudu sentral. aku khuatir kerana tidak biasa dengan tempatnya walaupun berada di negara ku sendiri rupanya banyak tempat lagi belum aku biasakan. alhamdunillah aku sampai ke pudu sentral 8.15 pg dengan menaiki teksi ke sana. sangat mengagumkan dengan infrastruktur yang baru dengan naik taraf daripada puduraya yang dahulu. jangan tertipu kerana bila anda smpai ke platform untuk menaiki bus keadaan masih tidak sama dan harus diperbaiki lagi. perjalanan memenatkan keran aku tidak cukup tido dan dikesempatan perjalanan ke kuala kangsar aku mengambil kesempatkan untuk melelapkan mata dan merehatkan minda.
kali pertama kau sampai di kuala kangsar,aku mengambil teksi ke laman budaya tetapi aku rasa tertipu dengan harga yang ditawarkan oleh pemandu teksi memandangkan aku tidak biasa dengan tempat itu. walaupun tempat itu sebenarnya tidak jauh tetapi dengan tempat yang aku tuju. dengan bayaran rm5 untuk ke sana tidak bebaloi tetapi aku menasihati hati supaya berniat menyedekahkan kepada pemandu teksi itu. setibanya aku disana, waktu tengahari telah tiba aku memulakan langkah ku. bermula dengan segan bertanya tapi sampai bila kita sebagai penyelidik tidak akan mendapat apa-apa maklumat lalu aku membuka mulut dan memberanikan diri untuk beramah mesra. alhamdunillah aku dipertemukan dengan pak andak seorang tukang buat gasing yang popular di negeri perak. pertemuan yang tidak disangka menjadi semakin baik dan rapat ibarat cucu dan atuk nya. banyak maklumat yang aku dapat  tetapi hatiku tidak puas lagi untuk mendapatkan lebih maklumat lagi. selain pak andak,en haziran dari jabatan muzium negeri perak juga membantu aku dalam mengenali gasing ini. ini membuatkan aku berkobar-kobar untuk mencari permasalahan. selepas bertemu dengan en zurairi pengawai kebudayaan negeri perak yang selama aku berhubung sebelum niat untuk ke kuala kangsar ini. disamping itu sempat berbual dengan pen pengarah jkkn negeri perak berkenaan dengan gasing ini dan mengenai permasalah dan usaha jkkn dalam mengekalkan seni warisan.  ini membuatkan aku tidak mahu pulang awal dan aku menginap di hotel budget untuk bermalam. pada malam nanti akan di sambung pertandingan dimana aku sendiri akan menyaksi kan dan memahaminya. alhamdunillah walaupun tidak memahami tetapi seronok melihat gelagat kerana nilai dan semangat yang tinggi dalam kesukanan ada dalam penggiat seni gasing ini. perjalanan ini memberi kekuatan dan semangat berdikari dalam susah dan senang untuk mendapatkan sesuatu bahan penyelidikan. alhamdunillah syukur..

No comments:

Post a Comment