Wednesday, September 28, 2011

DRAMA Seharum Kenanga.....finally..

assalamualaikum...hmmm...dah hbis saya tengok cerita drama ini...........alhamdunillah..walaupun saya agak ketinggalan..sebenarnya saya memang dapat habiskan menonton drama ini pada 2010,tetapi saya tidak dapat mengikuti kerana saya tidak ada masa untuk menonton memandangkan saya ini ada kelas dan pada waktu siaran yer saya terpaksa ke kelas...sebab tu la saya tak dapat nak menonton...tetapi alhamdunillah tahun ini saya dapat juga melihat ke akhir episod drama ini...memang meberi pengajaran kepada kita semua kerana drama ini banyak pengajaran dan teladan kepada kita sebagai hamba allah terutamanya sekali wanita. saya bersetuju dengan lakonan dania yang dilakon kan oleh janet khoo..kalau boleh saya nak sangat jadi macam dia...(watak dia dalam hidup saya) tidak pernah berputus asa,bersyukur  dan sangat bijak dalam membuat sesuatu perkara melihat ke arah masa depan dan saya bangga dengan watak sebagai dania...dimana banyak kesusahan yang dia alami........pengalaman kehidupan mengajar kita erti untuk hidup...
p/s: saya berharap agar saya dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari drama ini untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam meneruskan hidup saya ini................amin..........k la saya berada di library...ingat nak cari maklumat..tapi terbuka blog saya ini........salam sayang dari saya...nur fadhilah binti mohd omar.



sebenar nya,saya buat blog ini pun masa saya tengah fokus menonton drama seharum kenanga...kebetulan saya tinggal di kolej kenanga..maka ada lah blog ini "seharum kenanga sejernih kasih"2009/2010

Monday, September 26, 2011

gambar bergumbira





with mama,kak long dan im,,heheh

Tuesday, September 20, 2011

Datangnya Hikmah dalam pelbagai bentuk....

assalamualaikum..sambil aku menulis entri ini,telinga ku di dendangkan lagu-lagu nasyid dari kumpulan raihan...terasa jiwaku tenang bila mendengar lagu-lagu tersebut malah memberi kesan yang mendalam supaya diriku ini selalu dekat dengan allah swt...amin..insyaAllah...kuatkan lah semangat ku Ya Allah...diharapkan hatiku ingin tidak lalai dengan dunia dan jaga lah adat susila ku sebagai muslimah..Amin.............
okey berbalik kepada tajuk Datangnya hikmah dalam pelbagai bentuk maksud nya ialah hari ini saya menerima satu berita yang baik..insyaallah....sudah 2 atau 3 minggu saya mencari kerja sambilan......makluman la saya sekarang belajar..ingat nak bekerja sambil belajar untuk menampung kos sara hidup di shah alam..tak kan la saya nak minta dengan abah saya.........alhamdunillah..bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi sesuatu hikmah yang tak ternilai bagi saya disaat saya sangat lemah dan hampir putus asa sebelum..berkat kesabaran saya (ya,saya seorang yang SABAR) alhamdunillah allah kurniakan sifat penyabar dan redha dalam diri saya kuat...saya dapat tawaran khidmat siswazah di fakulti saya dengan bayaran tiap-tiap bulan disamping saya mencurahkan bakti kepada nya............boleh dikatakan kerja yang tidak susah bagi saya kerana ditempat itulah juga saya belajar sekarang..............saya tidak mempersoalkan gaji atau duit,cuma dengan adanya kerja ini dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan beban dan kos sara hidup saya ini............alhamdunillah bersyukur saya kepadaNya................

APA yang saya dapat simpulkan di sini.........sifat SABAR,REDHA,terhadap ujian allah swt itu penting dalam diri kita sebagai umat islam........hamba allah...Allah menggalakkan supaya kita terus berusaha jangan sesekali berputus asa,jikalau kita berputus asa maka sesungguhNya allah swt sangat tidak suka akan sifat suka mengalah..........sifat dari syaitan murka......Ya ALLAH Ya Tuhan ku,aku bersyukur kerana aku masih dijalanmu,jangan sesekali Kau pesongkan hatiku ini,sentiasa beringatlah wahai Fadhilah,jangan kamu sesatkan diri kamu dengan hasutan syaitan sesungguh Syaitan tidak pernah berhenti daripada menghasut anak-anak Adam..............Subhanallah...........Maha Suci Allah...Allah huakbar...........


Allah memberi Nur dalam kehidupan kita supaya kita tahu perjalanan hidup ini..diharapkan Nur dalam jiwa Fadhilah ini terus memancar sinar kebahagian kepadanya.........AMin...
YA ALLAH SWT............TEMUKANLAH AKU DENGAN SEORANG 'ADAM' YANG BOLEH MENJADI KETUA/PENYULUH SINAR DALAM HIDUPKU.............AMIN........

Monday, September 19, 2011

Interview Keje..

ok lah..saya mulakan dengan menulis mengenai situasi saya hari ini dimana menghadiri sesi interview di sebuah syarikat export furniture. bermula dengan semangat dipagi hari,mempersiapkan diri.setelah mengemas beg,memastikan diriku dalam keadaan baik,aku menaiki motor untuk menuju ke tempat tersebut. setelah tiba di sebuah pam minyak,aku mengisi minyak. dengan tiba-tiba hujan membasahi bumi. aku menjadi serba salah,jam menunjukkan 9.15 pagi. masih sempatkan aku untuk menghadiri interview tersebut. dalam hatiku berasa serba salah dan gemuruh takut-takut aku tidak sempat sampai di syarikat itu. dengan keputusan bijak dan agak drastik aku menahan teksi dan meninggalkan motorsikal AFU 1633 di stesen minyak tersebut. alhamdunillah,ada juga pak cik yang boleh membawa aku ke Subang Jaya. tapi nasib ku tidak la berapa baik,pak cik itu membawa kereta dengan perlahan,dah lah aku beritahu bahawa aku ada interview tetapi sakit je hati ini,kalau la pak cik ini bagi aku bawa kereta,msti sampai dalam masa yang aku jangkakan. SABAR JE DALAM TEKSI TU...banyak juga aku sumpah seranah tapi dalam hati sembil berzikir dan meningati Allah swt. aku pun on the way ke sana,ya tuhan,jem teruk di S26 dekat dengan PROTON. disebabkan jalan baru buat,hujan pulak tu. sabar je hati aku ini.....jam menunjukkan 9.45 pg..dalam hati kecik ku berkata masih sempat kah aku sampai. alhamdunillah..aku dapat melepasi jem walaupun pak cik teksi asyik bg chance laluan dekat orang lain masa tgah drive..geram jugak aku ni...huhuhu...setelah melalui jalan-jalan menuju ke tempat interview,sampai la di company itu..ya allah,bila ku melihat jam menunjukkan 10.00 pagi tepat.....tak ku sangka dalam keadaan yang serba tak kena,allah permudahkan perjalanan ku walaupun aku merasa aku tidak akan sampai tepat pada masa itu...tetapi semasa aku dalam teksi,masih sempat send msg kepada JAY Lee beritahu bahawa aku lewat.
first impression:
besar nya kilang nih..
ada ke peluang untuk aku mecari rezeki di sini?
ramai nya orang Cina di syarikat itu:
dah sampai disambut dengan pak guard.pak guard melayu yang baik...bagi la borang kepada ku...ambil masa juga untuk mengisi borang itu.dalam 20 minit sebab memang banyak table yang kena isi..
sesampai ku di kaunter reception,aku terus ke toilet..............ha..takut dan cemas semasa di toilet....
aku pun menunggu diruangan menuggu....datangla Jay lee kepada ku...Boss Muda kat company tu....hehhehe...boleh tahan la muda...matang..mempunyai misi dan jay seorang yang berbakat dalam business sebab mak bapak dia yang punya company tu.........
masuk la aku dalam meeting room dengan dia..2 orang je..aku dan dia..ceh2...opsss...jangan la fikir bukan-bukan ini adalah sesi interview sahaja...yang membanggakan aku sepanjang sesi itu i am speak in eglish you walaupun aku tak tahu la english aku tu broken atau ape..yang penting aku hentam jela...dia pun nampak faham ape yang aku terangkan..bagi pandangan ku,semua yang dia tanya dan bertindak balas itu menunjukkan tanda-tanda positif tetapi aku tidak tahu adakah aku layak atau tidak di syarikat itu..melihat balik merasakan bahawa banyak benda yang aku perlu pelajari dan latih untuk diriku...selesai dating dengan jay,sesi kedua testing skill...buat 3D...mula-mula comfident,lepas tu mr andy cakap aku ambil masa banyak buat sesuatu...dia cakap R&D Department pentingkan masa....so,itu satu sifat yang aku harus hadapi apabila aku ditawarkan kerja di sana nanti..kalau dapat....lepas tu,try free hand sketches...........biasa la kalau kat protfolio,.mesti la letak yang lawa-lawa je sketches,tapi aku yakin aku akan baut yang terbaik..alhamdunillah sketches yang aku buat andy cakap ok...bagi aku peluang untuk keje di syarikat ini50/50...aku tidak tahu..di akhir perbualan kami,andy banyak berkongsi pandangan dan pendapat...dia pun graduan dari UiTM MECHI...mechanical eng....musuhku...dulu..sekarang tidak..aku respect kat dia...Jay tinggalkan aku dengan andy memandangkan dia ada customer dari Europe..DI AKHIR sekali,andy bagitahu insyallah peluang itu ada kalau nak kerja kat company tu,dia ok..semua keputusan ditangan Jay LEe....aku berterima kasih kepada andy memberi tunjuk ajar...jay lee menyapa ku dengan berkata nanti i will call u back or email k...jawabku..ok...
disini,ape yang aku sedari,skill dan kemahiran ku masih perlu diperbaiki lagi...aku hanya mempunyai basic..tetapi aku kalah terhadap masa,dalam sesebuah perniagaan,masa sangat berharga....pesan andy...

itulah pengalaman interview aku yang pertama selepas habis belajar degree...
hari ini duit teksi pergi:rm 22.00,tambah balik 17.00=rm39.00

berbaloi tak?
berbaloi kalau dapat keje dengan gaji 2k basic.++++
x berbaloi kalau x dapat keje ...........TAPI berbaloi-baloi sebab dapat pengalaman semasa interview..atleast aku tahu situasi bagaimana....



harapan ku agar jikalau ada interview lagi,aku dapat persiapkan diri dengan lebih yakin dan mantap...skill bertambah bagus dan kerja yang ok..

ok la...setakat itu sahaja la dapat aku berkongsi...lain kali aku akan berkongsi lagi...
bye...assalamualaikum...

Saturday, September 17, 2011

UPtown shah Alam..with mama,k.long and adik im

assalamualaikum.jam menunjukkan 3 .08 pagi..mata tidak menyatakan ingin tdo...tadi baru balik dari uptown s.,alam...sebenar nya saya letih memikir dengan masalah yang menimpa diri ini,,ya allah,semoga aku akan hadapi cabaran dan dugaan hidup ini dengan selamat dan baik..amin...
mai nak story skit....tak berkenaan dengan tajuk pon..semalam saya mengenali seorang lelaki yang mengelar kn dirinya sebagai seorang penyapu smpah.saya hairan..zaman moden pon masih ada lelaki yang menggunakan helah yang saya rasa tektik itu sudah berzaman untuk berkenalan atau chat ym dengan seorang gadis....(ketawa)kelakar pon ada...nama nya fadil...tak tau la nama betul atau tak..saya pun bukan mengenali ye pada awal perbualan kami...mai sini nak cite skit..saya rase kelakar sebab dia adalah orang satu daerah dengan saya dan pada masa yang sama dia juga bekas senior saya dibangku sekolah menengah...hairan...pelik dan nak katakan dunia ini kecik je...entah la...saya redha dengan ketentuan ilahi,andai suatu hari nanti kami bersua muka,harap-harap perhubungan sesama islam terjalin sbg kawan k...bkan ape2..k la,,,saya dah rasa mengantuk plak..ingat nak upload gambar pi uptown td,tp bluetooth tak boleh terima...takpe la nanti saya upload lain kali...bye..assalamualaikum..

p/s:sebelum tdo baca doa
ingat orang yang kita sayang
maaf kan orang yang ada buat salah dan berharap kesalahan kita pada orang lain juga dimaafkan(secara tidak sengaja)
ingat kepada Kematian..kerana Setiap yang bernyawa akan mati.Dan kematian itu adalah Pasti berlaku..ya Allah...

Sunday, September 11, 2011

GAMBAR RAYA 2011

 bergambaR DATUK dan CHU...
 my sister,kak long...sesi bermaaf-maafan dengan abah and ma
 my brother in law........abg long
 my sis farihah@ngah@ha
 it's me............so cutieeeeeee....heheheh
 my sis,im@farahim
 my sis,fatin liyana@tin
 my brother,abe@hanis zhafri
 my little brother,adeq@hamiz zhafran
my datuk n my chuuuuu...

assalamualaikum...terasa sekian lama tidak mengupdate blog nih...namun apepon saya tidak pernah melupakan blog ni malah suatu ketika dahulu blog ini menjadi peneman hidup saya. di sini saya ingin berkongsi cerita mengenai kenangan saya di hari raya ini. tema kami raya tahun ini adalah sedondon...........iaitu oren...
lucu gak nak buat tih,yela semua dah besar-besar belaka,tapi kami tetap buat sebab demi menjaga perasaan ma.....semua ini adalah idea dari ma kami..terima kasih maa.............SELAMAT HARI RAYA SEMUAAAAAAA......




DI bawah ini saya sertakan gambar-gambar yang tema sedondon sebelum ini k..