Monday, September 19, 2011

Interview Keje..

ok lah..saya mulakan dengan menulis mengenai situasi saya hari ini dimana menghadiri sesi interview di sebuah syarikat export furniture. bermula dengan semangat dipagi hari,mempersiapkan diri.setelah mengemas beg,memastikan diriku dalam keadaan baik,aku menaiki motor untuk menuju ke tempat tersebut. setelah tiba di sebuah pam minyak,aku mengisi minyak. dengan tiba-tiba hujan membasahi bumi. aku menjadi serba salah,jam menunjukkan 9.15 pagi. masih sempatkan aku untuk menghadiri interview tersebut. dalam hatiku berasa serba salah dan gemuruh takut-takut aku tidak sempat sampai di syarikat itu. dengan keputusan bijak dan agak drastik aku menahan teksi dan meninggalkan motorsikal AFU 1633 di stesen minyak tersebut. alhamdunillah,ada juga pak cik yang boleh membawa aku ke Subang Jaya. tapi nasib ku tidak la berapa baik,pak cik itu membawa kereta dengan perlahan,dah lah aku beritahu bahawa aku ada interview tetapi sakit je hati ini,kalau la pak cik ini bagi aku bawa kereta,msti sampai dalam masa yang aku jangkakan. SABAR JE DALAM TEKSI TU...banyak juga aku sumpah seranah tapi dalam hati sembil berzikir dan meningati Allah swt. aku pun on the way ke sana,ya tuhan,jem teruk di S26 dekat dengan PROTON. disebabkan jalan baru buat,hujan pulak tu. sabar je hati aku ini.....jam menunjukkan 9.45 pg..dalam hati kecik ku berkata masih sempat kah aku sampai. alhamdunillah..aku dapat melepasi jem walaupun pak cik teksi asyik bg chance laluan dekat orang lain masa tgah drive..geram jugak aku ni...huhuhu...setelah melalui jalan-jalan menuju ke tempat interview,sampai la di company itu..ya allah,bila ku melihat jam menunjukkan 10.00 pagi tepat.....tak ku sangka dalam keadaan yang serba tak kena,allah permudahkan perjalanan ku walaupun aku merasa aku tidak akan sampai tepat pada masa itu...tetapi semasa aku dalam teksi,masih sempat send msg kepada JAY Lee beritahu bahawa aku lewat.
first impression:
besar nya kilang nih..
ada ke peluang untuk aku mecari rezeki di sini?
ramai nya orang Cina di syarikat itu:
dah sampai disambut dengan pak guard.pak guard melayu yang baik...bagi la borang kepada ku...ambil masa juga untuk mengisi borang itu.dalam 20 minit sebab memang banyak table yang kena isi..
sesampai ku di kaunter reception,aku terus ke toilet..............ha..takut dan cemas semasa di toilet....
aku pun menunggu diruangan menuggu....datangla Jay lee kepada ku...Boss Muda kat company tu....hehhehe...boleh tahan la muda...matang..mempunyai misi dan jay seorang yang berbakat dalam business sebab mak bapak dia yang punya company tu.........
masuk la aku dalam meeting room dengan dia..2 orang je..aku dan dia..ceh2...opsss...jangan la fikir bukan-bukan ini adalah sesi interview sahaja...yang membanggakan aku sepanjang sesi itu i am speak in eglish you walaupun aku tak tahu la english aku tu broken atau ape..yang penting aku hentam jela...dia pun nampak faham ape yang aku terangkan..bagi pandangan ku,semua yang dia tanya dan bertindak balas itu menunjukkan tanda-tanda positif tetapi aku tidak tahu adakah aku layak atau tidak di syarikat itu..melihat balik merasakan bahawa banyak benda yang aku perlu pelajari dan latih untuk diriku...selesai dating dengan jay,sesi kedua testing skill...buat 3D...mula-mula comfident,lepas tu mr andy cakap aku ambil masa banyak buat sesuatu...dia cakap R&D Department pentingkan masa....so,itu satu sifat yang aku harus hadapi apabila aku ditawarkan kerja di sana nanti..kalau dapat....lepas tu,try free hand sketches...........biasa la kalau kat protfolio,.mesti la letak yang lawa-lawa je sketches,tapi aku yakin aku akan baut yang terbaik..alhamdunillah sketches yang aku buat andy cakap ok...bagi aku peluang untuk keje di syarikat ini50/50...aku tidak tahu..di akhir perbualan kami,andy banyak berkongsi pandangan dan pendapat...dia pun graduan dari UiTM MECHI...mechanical eng....musuhku...dulu..sekarang tidak..aku respect kat dia...Jay tinggalkan aku dengan andy memandangkan dia ada customer dari Europe..DI AKHIR sekali,andy bagitahu insyallah peluang itu ada kalau nak kerja kat company tu,dia ok..semua keputusan ditangan Jay LEe....aku berterima kasih kepada andy memberi tunjuk ajar...jay lee menyapa ku dengan berkata nanti i will call u back or email k...jawabku..ok...
disini,ape yang aku sedari,skill dan kemahiran ku masih perlu diperbaiki lagi...aku hanya mempunyai basic..tetapi aku kalah terhadap masa,dalam sesebuah perniagaan,masa sangat berharga....pesan andy...

itulah pengalaman interview aku yang pertama selepas habis belajar degree...
hari ini duit teksi pergi:rm 22.00,tambah balik 17.00=rm39.00

berbaloi tak?
berbaloi kalau dapat keje dengan gaji 2k basic.++++
x berbaloi kalau x dapat keje ...........TAPI berbaloi-baloi sebab dapat pengalaman semasa interview..atleast aku tahu situasi bagaimana....



harapan ku agar jikalau ada interview lagi,aku dapat persiapkan diri dengan lebih yakin dan mantap...skill bertambah bagus dan kerja yang ok..

ok la...setakat itu sahaja la dapat aku berkongsi...lain kali aku akan berkongsi lagi...
bye...assalamualaikum...

1 comment:

  1. Online Casino Online | Xn--O80b910a26eepc81il5g.online
    Online Casino Online | Xn--O80b910a26eepc81il5g.Online: leovegas 100% dafabet up to $50 free. Rating: 3.6 · ‎20 votes 우리카지노 계열사

    ReplyDelete