Friday, March 4, 2016

Dari Mache Kelate ke Dammam Part 1.1



Throwback
22 Februari 2016: Flight time tertera di tiket aku 0925 -1230- Kuala Lumpur ke Doha dan 1330-1530. Doha ke Dammam. Syukur kepada Allah sebab dapat menjejaki Tanah Arab pada usia 27 tahun 8 bulan. (28 tahun ikut tahun 2016). Jadi, pada hari tu aku bangun jam 4.00 pagi lagi untuk bersiap dan berangkat ke KLIA, Sepang. Aku sempat solat sunat bermusafir sebelum berangkat menuju ke lapangan terbang. Tepat 5.30 pagi kami sekeluarga bertolak ke airport. Perasaan sayu, sedih bercampur aduk wujud dalam mindaku kerana aku akan berpisah dengan keluarga aku bukan sebulan mungkin bertahun, Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Jam menunjukkan 6.15 pagi kami sampai di airport, semua berjalan dengan lancar. Masih tergiang giang dikotak fikiranku semasa dalam perjalanan ke airport, Ma oyak jaga diri molek ditempat orang, Ma serah pada tuhan sajo untuk jaga lah…Nak gi ni tempat bukan dekat, tapi jauh sangat…Walaupun aku tahu Ma dan Abah sedih dan sebak dengan penghijrahan aku, namun aku pasti mereka meredhai pemergian aku ke Tanah Arab ini. Redha ibubapa sama seperti keredhaan daripada Allah. Insyaallah
Setelah sampai di aiport KLIA, aku check dulu berat beg takut-takut terlebih berat. Memang pun terlebih, yang bagasi besar 31 kg, manakala yang kotak kecil 7 kg… aku kena kurangkan kg di bagasi besar supaya tidak lebih 30 kg, maka terpaksa la keluarkan seluar dan buku menjadi 28.5 kg. …nak bawa semua buku tu tapi takpela nanti aku suruh kakak aku pos kan…aku berdoa pada allah minta la dapat lepas di kaunter check in nanti. Nama crew yang jaga kaunter Qatar Airways cik Dewi. Orangnya manis dan lawa.

“Berapa berat semua Ms?
 “Ms, Berat bagasi semua 36.5 kg, jadi kami akan charge anda 1 kg 16+ semua sekali 7++”
  Macam tu la kiraanya…aku memandang tepat pada Abah dan Ha (kakakku) di sebelah,
“ Cik Dewi, saya nak pergi ini untuk bekerja, bawa buku dan makanan, saya minta jasa baik Cik  tolong lepas kan berat beg ini dan jangan charge. Saya minta jasa baik Cik Dewi…”
 Setelah buat muka comel, muka cute (tips ni ambil kat en google), pandang muka abah dengan sayu dan beberapa saat kemudian dengan kuasa Allah,
“Ms Dewi cakap Takpe la, Tak payah bayar.” Alhamdulillah
Saat itu sangat bersyukur pada Allah, Nikmat mana yang Allah dustakan? Jika bukan pertolongan Allah, duit 7++ dah habis doh…Alhamdulillah sangat2… Mungkin sebab masa tu tak ramai yang sedang beratur tapi aku sangat yakin dengan perancangan Allah..Setelah semua dah check in aku sempat solat subuh di airport. Sebenarnya tak nak duduk dan bersembang dengan family sangat sebab aku tahu aku bukan seorang yang kuat, buat buat kuat je..sebenarnya dalam hati dah nangis sejak malam tadi….Jam menunjukkan 8.00 pagi, aku kena masuk sebelum 8.20 pagi dan Gate tutup tepat 8.45 pagi. Bermulalah  episode sedih dan lambaian tangan dibalai perlepasan, air mato mengalir laju jah maso drama realiti ini berlaku. Aku peluk sorang demi sorang kerana mungkin aku tidak berpeluang lagi untuk memeluk mereka selepas ini, yang paling menyentuh hati sekali disaat memeluk Abah dan Ma, berjujuran air mata dalam hati dan luar hati kalau Allah dapat tafsirkan. Aku minta maaf dengan mereka dan doakan perjalanan aku ke Tanah Arab selamat. Duunistajiblakum…Berdoalah kepada Aku (Allah), Nescaya aku Kabul kan …Amin…Masa turun escalator tu lagi berderai airmato tak leh nak tahan nanti oghe tengok bakpo la budak ni dok teriok….Tahan je maso tu…nak tengok muko sore2 tapi tak leh sebab sebak sangat…..

Part menarik: Nak dijadikan cerita , sepanjang aku duduk di dalam flight tu, aku menangis je kijo dio…aku teringat muka Ma, Abah adik beradik aku, anak buah aku (Nana, Aidil, Adhiya and Amar) dan orang yang memberi aku semangat dan nasihat. Nasib baik la orang sebelah aku kiri (lelaki)  ini dia tido jah kijo dio, sebelah kanan aku Mat Salleh nak gi London transit kat Doha (sejujurnya tak selesa tapi aku sempat tidor 1 jam menghilangkan rasa penat)….Masa ini memang semangat tak kuat sebab rasa macam nak patah balik..Betul…dalam hati dok oyak mu gi jauh sorang2 ni wak gapo gak fadilah?bukan nya best…bisikan hati negative kecil timbul dalam diri aku…Namun, aku kalihkan perasaan itu kepada semangat waja kenapa aku harus berada di Tanah Arab kerana Allah, kerana Ma, Abah dan adik beradik aku jugalah, Allah jemput aku ke Tanah Arab ni pun satu rahmat yang tidak terhingga sehingga aku terfikir layakkan aku untuk berkhidmat disini?Allah merancang segalanya dan atas usaha hambanya sendiri….Aku datang ke sini dengan misi dan visi yang tidak dapat dirungkai melainkan tuan punya body,   Jadi fadilah, Betulkan niat dan bertawakal pada Allah, Insyaallah semua ok…..bersambung…….

Touchdown 3.30 petang at King Fahd Airport, Dammam….(15 jam perjalanan) nantikan kisah semasa menunggu giliran untuk imigresen di airport Saudi….to be continue…..l love my family very much,much and much…..

Dari Mache Kelate ke Dammam 1.0

Hijrah Pertamaku 2016 DI BUMI ARAB Dammam (Al Khobar, Al Rakah, Dhahran dan Al Dammam)

Minat nak menulis kembali lagi .....Kehidupan yang penuh menCABAR, JIWA dan MINDA terCABAR. CABARan besar yang diCABAR.

Saya akan berkongsi kisah penghijrah saya di bumi Arab ini. Kepada pembaca yang terbaca, semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda sekali...


Rabbu Yassir Waalatuasir..Amin Ya Rabbalalamin....

my family, my soul, my heart ....Insyaalllah until Jannah...Amin

QR 845